Saturday 10 January 2009

Gerak aktiviti Amanahtk tahun 2009 bermula


Alhamdulillah, sebagaimana niat ikhlas Uncle Zee untuk cuba membantu sedaya termampu oleh diri ini dengan beserta ahli keluarga lainnya, uncle telah pun mengagih-agihkan bookmark seperti diatas semenjak penghujung bulan Disember 2008 lagi. Uncle Zee mendapat bantuan dan sokongan isteri, anak-anak, anak buah dan saudara terdekat dalam mengedarkan bookmark ini sempena Maal Hijrah, ketibaan tahun baru Hijrah 1430.
Biarpun uncle baru sahaja pulang dari Taiwan, namun di atas daya usaha uncle demi menyampaikan mesej Amal Makruf Nahi Mungkar tangungjawab Kita, uncle mula mengedarkan bookmark ini kepada penduduk sekitar Teluk Intan pada 28hb Disember 2008.
Bookmark ini membawa mesej , KAMI BENCI MAKSIAT. Target group Uncle Zee ialah golongan remaja yang terdiri dari pelajar sekolah dan Universiti Kolej serta para remaja yang baru mula bekerja. Mereka ini amat terdedah dengan segal macam bentuk MAKSIAT.
Antara kawasan-kawasan yang telah uncle sebarkan ialah di, Pandamaran Port Kelang, Teluk Intan, Puchong dikawasan Giant, Kepong bahru, Putra Height, seperti Sekolah Sek 23, Putra Height.
Inilah sumbangan kecil yang termampu dibuat oleh uncle Zee dan ahli keluarga lainnya yang bertujuan untuk menghalang Maksiat dari melanda kita yang boleh membawa kepada kehancuran ummah dan ketamadunan sebagaimana ALLAH membenamkan bandar SODOM dalam peristiwa yang melanda kaum nabi LUT.
Marilah kita memanjatkan doa ke hadrat Ilahi semoga kita semuanya di ampunkan Tuhan dan ALLAH melindungi kita dari melakukan maksiat.
Disini Uncle Zee mengambil kesempatan mengucapkan penghargaan kepada Encik Adlan dari Apple print yang sudi membantu Uncle dalam menjayakan rancangan ini.
Sekian dulu
Wasalam.

Selamat Tahun baru Hijrah 2009

Assalamualaikum,

Buat sekian para remaja dan anak-anak sekelian, Uncle Zee ingin mengucapkan selamat tahun baru Hijrah 1430. Tahun baru ini agak berhampiran dengan kedatangan tahun baru takwim georgian 2009.
Pada hemat Uncle, sememangnya tahun baru 2009 ini di sambut besar-besaran bukan sahaja di kalangan pemimpin negara malahan disambut secara besar-besaran oleh segenap lapisan masyarakat Malaysia terutamanya remaja MELAYU.

Agak malang bilamana pelbagai acara sambutan gilang-gemilang kedatangan tahun 2009 dialu-alukan dengan anika pilihan acara MAKSIAT sebagai memeriahkan suasana. Ianya bertambah hangat dengan laporan berita keesokan harinya di dada akhbar tersiar penangkapan dua orang selebriti tanah air yang ditangkap oleh pihak berkuasa atas dakwaan melakukan maksiat dadah dan berada di dalam pesta Seks.
Ini tidak termasuk berapa ramai pula anak gadis remaja ISLAM yang telah kehilangan DARA akibat dari kegairahan menyambut sambutan tahun baru 2009, seolah-olah ianya merupakan satu sambutan keaggamaan yang sewajarnya di beri sambutan istimewa oleh umat ISLAM. Rasanya akibat dari perbuatan ini, sekitar bulan Oktober 2009 nanti akan lahirlah lebih ramai bayi-bayi tidak sah taraf di bumi Malaysia ini. MasyaALLAH...ampunkan lah kami ini ya ALLAH!!!
Pada pendapat Uncle, sekiranya berita ini sahih, ianya sangat memalukan. Sudahlah sambutan tahun baru Hijrah 1430 tidak diberikan penghayatan sebaiknya tetapi sambutan tahun baru 2009 dicemari dengan insiden memalukan yang datangnya dari remaja MELAYU yang sememangnya beragama ISLAM. Uncle berharap agar mereka yang terlibat agar kembali ke pangkal jalan dan bertaubat dengan taubat nasuha. Baiki lah penampilan anda dan pohonlah keampunan dari ALLAH yang maha kuasa.
Wasalam