Saturday 6 December 2008

Kemaksiatan yang melarat !!!!

Assalamualaikum,

Dibawah ini Uncle Zee petik statistik yang di ambil dari satu forum dalam internet, yang sebenarnya telah di siarkan dalam KOSMO online tidak berapa lama dahulu;

Petikan

STATISTIK: Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang ISLAM.Pecahan mengikut negeri:Selangor = 12,836 orangPerak = 9,788 orangKuala Lumpur = 9,439 orangJohor = 8,920 orangSabah = 8,435 orangNegeri Sembilan = 4,108 orangPahang = 3,677 orangKedah = 3,496 orangPulau Pinang = 3,412 orangMelaka = 2,707 orangKelantan = 1730 orangPerlis = 691 orangSarawak = 617 orangTerengganu = 574 orangJUMLAH = 70,430 orang.
Dari statistik di atas, Uncle Zee berasa gerun bila melihat angka-angka yang menunjukan peningkatan saban waktu. Rasanya dalam waktu Uncle Zee menulis blog ini, entah berapa ramai lagi anak-anak yang tidak berdosa ini dilahirkan oleh Ibu-bapa yang TAK SAH taraf perkahwinan nya.
Seandai angka 30,978 anak tidak sah taraf dikalangan orang ISLAM di lahirkan, ini bermakna seramai 61,956 orang lelaki dan wanita ISLAM terlibat di dalam kelahiran ini. Sekiranya kita andaikan ini merupakan 30% dari mereka yang melakukan ZINA yang berjaya menghasilkan anak luar nikah seramai di atas, ini bermakna seramai 206,520 orang telah melakukan ZINA.
Aktiviti ini uncle rasa tidak sekadar SEKALI sahaja pasangan ini melakukan ZINA. Sudah tentu perbuatan ini dilakukan berulang kali di mana saja kesempatan yang ada.
Namun demikian, di hati kecil Uncle Zee berasa kesihan kepada kaum wanita yang melahirkan anak luar nikah ini diakibatkan dari jenayah ROGOL mahupun SUMBANG MAHRAM. Dalam perkara ini uncle bersimpati kepada mereka. Kepada adik-adik diluar sana sekira perkara ini berlaku ke atas ANDA, lapurkanlah kepada pihak berwajib. Kalau adik-adik segan maklumkanlah kepada Ustaz, ustazah mahupun Councellor di Sekolah, Kolej mahupun Universiti.
Ingin uncle nasihatkan kepada kaum wanita, jangan mudah MENYERAHkan mahkota kesucian anda kepada sesiapa sahaja atas kononnya hendak membuktikan CINTA. Ini lah merupakan suatu perangkap yang akan membinasakan masa depan anda semua. Seandainya teman lelaki anda seorang yang "JANTAN", dia sepatutnya menjadi penyelamat anda dan bukannya merosakkan anda. Sekiranya mereka "MACHO" masuk meminang anda dan cepat-cepat kahwin.
Kalau anda tanya hatta kepada orang miskin sekalipun, sudah tentu mereka hendakkan barang yang baik. Kalau buah dah ditebuk tupai siapa yang hendakkan nya lagi.
Fikir-fikirkan lah wahai saudari sekeliannya...

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA

Assalamualaikum wbh kepada sekelian saudara-saudara, adik-adik dan anak-anak yang Uncle Zee sayangi.
Dalam kesempatan ini, Uncle Zee mengucapkan selamat menyambut HARI RAYA AIDILADHA buat Isteri, anak-anak, Ibu dan Ibu mertua, sanak saudara tidak kira di mana anda berada.
Tidak lupa juga kepada sekelian saudara-saudari, adik-adik dan anak-anak dengan ucapan hayatilah maksud KORBAN itu sendiri dan bukan nya menjadi KORBAN kepada kemasiatan yang ber maharajalela.
Agak sedih juga uncle kerana ini merupakan kali ketiga uncle merayakan AIDILADHA di rantauan. Namun demikian Uncle berasa gembira kerana tidak lama lagi uncle akan kembali ke tanah air selepas sekian lama dirantauan.
Apapun Uncle Zee harap kita terus laksanakan AMANAHtk sebagai amal kita selaku umat ISLAM yang baik. Buatlah semampunya dan insyaALLAH ianya akan diberkati oleh NYA.

Wednesday 5 November 2008

Pelan rancangan AMANAHtk@blogger

Assalamualaikum semua saudara-saudari, para remaja dan adik-adik sekelian. Untuk menyahut cabaran tahun 1430 hijrah/2009 ini Uncle merancang beberapa aktiviti yang nampaknya kecil tetapi diharap memberikan impak kepada para remaja. Antara yang bakal dilaksana dan dalam proses perlaksanaan ialah menghasilkan stationery seperti bookmark, notepad dan pelbagai barangan yang dimasukkan elemen AMANAHtk untuk menyedarkan golongan remaja terutamanya agar membenci kepada MAKSIAT.
Selain itu juga, Uncle bercadang untuk menghasilkan T-SHIRT yang ditampal dengan kata-kata teguran. Uncle Zee suka mengunakan approach " TEGURAN TANPA APLIKASI FIZIKAL". Maksudnya Uncle menegur dengan mengunakan TULISAN. Kalau Uncle tegur dengan mengunakan SUARA, boleh jadi Uncle akan emosi serta meninggikan suara dan hasilnya tidak akan tercapai malahan golongan yang ditegur akan merasa marah dan boleh melakukan tindakan fizikal yang tidak terlintas dihati kita.
Melalui TULISAN, para remaja akan faham maksud yang ingin disampaikan kepada mereka dan dalam masa yang sama mereka boleh terima yang perbuatan maksiat mereka itu adalah HARAM dan dilarang dalam ISLAM.
Semoga berjumpa lagi................akan di sambung..........

AMANAH Tanggung Jawab Kita Suatu Penjelasan

Assalamualaikum kepada Saudara-saudari, para remaja dan adik-adik yang disayangi sekelian. Biar saya memperkenalkan diri sebagai Uncle Zee. Uncle terpanggil untuk menghasilkan suatu laman BLOG bagi menghampirkan diri dengan golongan remaja. Permasalahan remaja yang mengakibatkan gejala sosial buruk seperti, zina, khalwat, sumbang mahram, Gay, Lesbianisme, judi, dadah adalah berkait rapat dengan pegangan agama yang rapuh dikalangan generasi masakini. Marilah kita sama-sama membantu, tolong-menolong dalam menyebarkan yang Makruf dan mencegah yang mungkar. Kita harus jadikan ISLAM sebagai AD-DIN yang kita amal dengannya.
Uncle Zee hanyalah merupakan seorang Muslim yang berasa terpanggil untuk membuat sedikit sumbangan kepada Generasi muda masa kini. Uncle hanyalah merupakan bapa kepada 3 orang anak-anak yang masih kecil, 2 lelaki dan 1 perempuan. Uncle juga sangat khuatir bagaimana mereka mampu hidup dalam gelombang kemaksiatan yang melanda masyarakat dan dapatkan mereka menghindari semua ini. Hanya yang mampu bagi seorang ketua keluarga ialah dengan membekalkan mereka dengan ilmu agama dan pengamalan mantap agar selamat hingga ke akhirat. Semoga usaha Uncle mendapat restu ALLAH s.w.t dan mendapat response baik dari anda semua golongan generasi muda ISLAM Malaysia kini.
Nama Blog ini ialah AMANAHtk @ blogger . com yang membawa maksud Amal MAkruf NAHi mungkar tanggungjawab kita. Dengan mudahnya bermaksud mengalakkan amal kebaikan dan mencegah kemungkaran adalah tanggunjawab kita sebagai muslim.
InsyaALLAH Uncle akan bercerita lebih lanjut mengenai apakah aktiviti yang akan uncle lakukan dan bagaimana anda semua sebagai umat islam sama-sama dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai muslim sejati.