Saturday 10 January 2009

Selamat Tahun baru Hijrah 2009

Assalamualaikum,

Buat sekian para remaja dan anak-anak sekelian, Uncle Zee ingin mengucapkan selamat tahun baru Hijrah 1430. Tahun baru ini agak berhampiran dengan kedatangan tahun baru takwim georgian 2009.
Pada hemat Uncle, sememangnya tahun baru 2009 ini di sambut besar-besaran bukan sahaja di kalangan pemimpin negara malahan disambut secara besar-besaran oleh segenap lapisan masyarakat Malaysia terutamanya remaja MELAYU.

Agak malang bilamana pelbagai acara sambutan gilang-gemilang kedatangan tahun 2009 dialu-alukan dengan anika pilihan acara MAKSIAT sebagai memeriahkan suasana. Ianya bertambah hangat dengan laporan berita keesokan harinya di dada akhbar tersiar penangkapan dua orang selebriti tanah air yang ditangkap oleh pihak berkuasa atas dakwaan melakukan maksiat dadah dan berada di dalam pesta Seks.
Ini tidak termasuk berapa ramai pula anak gadis remaja ISLAM yang telah kehilangan DARA akibat dari kegairahan menyambut sambutan tahun baru 2009, seolah-olah ianya merupakan satu sambutan keaggamaan yang sewajarnya di beri sambutan istimewa oleh umat ISLAM. Rasanya akibat dari perbuatan ini, sekitar bulan Oktober 2009 nanti akan lahirlah lebih ramai bayi-bayi tidak sah taraf di bumi Malaysia ini. MasyaALLAH...ampunkan lah kami ini ya ALLAH!!!
Pada pendapat Uncle, sekiranya berita ini sahih, ianya sangat memalukan. Sudahlah sambutan tahun baru Hijrah 1430 tidak diberikan penghayatan sebaiknya tetapi sambutan tahun baru 2009 dicemari dengan insiden memalukan yang datangnya dari remaja MELAYU yang sememangnya beragama ISLAM. Uncle berharap agar mereka yang terlibat agar kembali ke pangkal jalan dan bertaubat dengan taubat nasuha. Baiki lah penampilan anda dan pohonlah keampunan dari ALLAH yang maha kuasa.
Wasalam

No comments: