Wednesday 5 November 2008

AMANAH Tanggung Jawab Kita Suatu Penjelasan

Assalamualaikum kepada Saudara-saudari, para remaja dan adik-adik yang disayangi sekelian. Biar saya memperkenalkan diri sebagai Uncle Zee. Uncle terpanggil untuk menghasilkan suatu laman BLOG bagi menghampirkan diri dengan golongan remaja. Permasalahan remaja yang mengakibatkan gejala sosial buruk seperti, zina, khalwat, sumbang mahram, Gay, Lesbianisme, judi, dadah adalah berkait rapat dengan pegangan agama yang rapuh dikalangan generasi masakini. Marilah kita sama-sama membantu, tolong-menolong dalam menyebarkan yang Makruf dan mencegah yang mungkar. Kita harus jadikan ISLAM sebagai AD-DIN yang kita amal dengannya.
Uncle Zee hanyalah merupakan seorang Muslim yang berasa terpanggil untuk membuat sedikit sumbangan kepada Generasi muda masa kini. Uncle hanyalah merupakan bapa kepada 3 orang anak-anak yang masih kecil, 2 lelaki dan 1 perempuan. Uncle juga sangat khuatir bagaimana mereka mampu hidup dalam gelombang kemaksiatan yang melanda masyarakat dan dapatkan mereka menghindari semua ini. Hanya yang mampu bagi seorang ketua keluarga ialah dengan membekalkan mereka dengan ilmu agama dan pengamalan mantap agar selamat hingga ke akhirat. Semoga usaha Uncle mendapat restu ALLAH s.w.t dan mendapat response baik dari anda semua golongan generasi muda ISLAM Malaysia kini.
Nama Blog ini ialah AMANAHtk @ blogger . com yang membawa maksud Amal MAkruf NAHi mungkar tanggungjawab kita. Dengan mudahnya bermaksud mengalakkan amal kebaikan dan mencegah kemungkaran adalah tanggunjawab kita sebagai muslim.
InsyaALLAH Uncle akan bercerita lebih lanjut mengenai apakah aktiviti yang akan uncle lakukan dan bagaimana anda semua sebagai umat islam sama-sama dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai muslim sejati.

No comments: